Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengurusan kes Najib berkaitan RM27 juta milik SRC 3 Mei ini

Pengurusan kes bagi satu lagi dakwaan terhadap Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ditetapkan pada 3 Mei ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengurusan kes Najib berkaitan RM27 juta milik SRC 3 Mei ini

(Gambar: Bernama)

Diterbitkan : 11 Feb 2021 11:03PM Dikemas Kini : 11 Feb 2021 11:04PM

KUALA LUMPUR: Pengurusan kes bagi satu lagi dakwaan terhadap Najib Razak berkaitan dana SRC International Sdn Bhd (SRC) ditetapkan pada 3 Mei ini di Mahkamah Tinggi di sini.

Untuk kes ini, bekas perdana menteri itu menghadapi tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta (S$8.90) dana SRC.

Peguamnya, Encik Muhammad Farhan Muhammad Shafee berkata pihak pembelaan telah menerima sebahagian daripada dokumen berkaitan perbicaraan itu daripada pendakwaan.

"Setakat ini tarikh perbicaraan yang ditetapkan sebelum ini oleh Hakim Mohamed Zaini Mazlan pada 5 hingga 8 Julai; 12-15 Julai dan 26-29 Julai dikekalkan,” katanya ketika ditanya mengenai perkembangan kes tersebut hari ini.

Pada 3 Feb 2019, Encik Najib mengaku tidak bersalah terhadap tiga pertuduhan pengubahan wang haram yang mana beliau didakwa menerima wang berjumlah RM27 juta (S$8.9 juta) hasil kegiatan haram menerusi tiga akaun bank AmPrivate Banking miliknya.

Encik Najib didakwa melakukan kesalahan terbabit di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Ambank Group, No. 55, Jalan Raja Chulan, pada 8 Julai 2014, menurut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta (S$1.6 juta) atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen namun kes itu dipindahkan ke Mahkamah Tinggi pada 13 Mac 2019 susulan permohonan pihak pendakwaan.

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta (S$69 juta) ke atas Encik Najib selepas mendapati Ahli Parlimen Pekan itu bersalah atas tujuh pertuduhan pecah amanah, pengubahan wang haram dan menyalahgunakan kedudukan, melibatkan wang berjumlah RM42 juta (S$13 juta) milik SRC.

Encik Najib memfailkan rayuan terhadap keputusan itu dan Mahkamah Rayuan menetapkan pendengaran selama 12 hari bagi kes itu bermula 5 April ini.  

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan