Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengundi kawasan bandar sudah mula sokong BN, kata Khairy

Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata bahawa para pengundi di kawasan-kawasan bandar sudah mula memberi sokongan kepada perikatan parti-parti yang memerintah itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 May 2018 08:45PM Dikemas Kini : 03 May 2018 10:21PM

KUALA LUMPUR: Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin berkata bahawa para pengundi di kawasan-kawasan bandar sudah mula memberi sokongan kepada perikatan parti-parti yang memerintah itu.

Semasa PRU13, parti-parti pembangkang memenangi sebahagian besar kerusi parlimen di kawasan-kawasan bandar dan separuh bandar.

Bagi menarik sokongan para penduduk bandar, Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin bekerja keras termasuk melakukan kunjungan rumah ke rumah di Bangsar, kawasan di pinggir ibu kota Kuala Lumpur dan terletak dalam kawasan undi Lembah Pantai.

"Kita semakin mendapat sokongan, orang ramai sedia mendengar kami - satu petanda yang baik. Kami tidak bimbang tentang apa yang terjadi di media sosial, kami tidak bimbang tentang bilangan orang yang hadir di ceramah. Kami tahu ia tidak semestinya mencerminkan undi yang akan diterima tetapi kami memberi tumpuan kepada mendekati para pengundi secara langsung dan berharap menang pada 9 Mei nanti," kata beliau.

BN mencalonkan semula Raja Nong Chik untuk bertanding di Lembah Pantai.

Dalam PRU13 beliau kalah di tangan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Nurul Izzah yang juga anak Anwar Ibrahim.

"Kawasan ini dimenangi PKR dua kali tetapi saya tidak pernah meninggalkannya. Saya sudah tinggal di sini lebih 50 tahun, saya tahun kebanyakan penduduknya," kata Raja Nong Chik.

Saingan Raja Nong Chik kali ini ialah calon PKR, Fahmi Fadzil.

Beliau ialah mantan penolong Nurul Izzah yang kini bertanding di kerusi parlimen Permatang Pauh, di Pulau Pinang.

"Saya sudah bekerja di Lembah Pantai sejak 1999, jadi saya bukan orang baru di sini seperti yang didakwa sesetengah orang. Persaingan di sini adalah sengit.
Saya berusaha sedaya upaya. Saya percaya para pengundi akan membuat keputusan yang bijak, memilih harapan daripada ketakutan," kata beliau.

Satu tinjauan bebas terbaru menunjukkan meskipun rasa yakin para pengundi di bandar terhadap BN sudah bertambah baik, mereka masih menyalahkan kerajaan BN kerana kenaikan kos sara hidup dan pelaksanaan cukai GST.

Sumber : CNA/MU/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan