Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penghantaran vaksin Sinovac ke Turki ditangguh kerana kes COVID-19 di kastam Beijing

Penghantaran pertama vaksin COVID-19 Sinovac dari China ke Turki ditangguh "1-2 hari" disebabkan kes virus korona di kastam Beijing. Demikian dedah Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca pada Ahad (27 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantaran vaksin Sinovac ke Turki ditangguh kerana kes COVID-19 di kastam Beijing

Calon vaksin bagi virus SARS-CoV-2 dikembangkan Sinovac Biotech di Beijing, China. (Gambar: REUTERS/Thomas Peter)

Diterbitkan : 28 Dec 2020 02:21PM Dikemas Kini : 28 Dec 2020 02:23PM

ANKARA: Penghantaran pertama vaksin COVID-19 Sinovac dari China ke Turki ditangguh "1-2 hari" disebabkan kes virus korona di kastam Beijing.

Demikian dedah Menteri Kesihatan Turki Fahrettin Koca pada Ahad (27 Dis).

Turki telah bersetuju untuk membeli 50 juta dos CoronaVac dihasilkan Sinovac dan menjangkakan penghantaran pertama sebanyak 3 juta dos pada Isnin.

Ia juga akan memperoleh 4.5 juta dos vaksin yang dihasilkan oleh BioNTech dan Pifzer, dengan pilihan untuk mendapatkan lagi 30 juta dos kemudian.

"Oleh kerana kebimbangan tentang COVID-19 di Beijing dan satu kes COVID-19 di kastam Beijing, pergerakan di kastam ditangguhkan sementara. Atas sebab ini, ketibaan vaksin kami, yang seharusnya berangkat selepas operasi kastam, akan terlewat 1-2 hari," umum Encik Koca di Twitter. 

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan