Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penghantaran pulang Rohingya ditangguh

Bangladesh menyatakan proses menghantar pulang pelarian Muslim Rohingya ke Myanmar tidak akan bermula esok (23 Jan), seperti yang dirancang kerana persiapan bagi proses itu masih belum lengkap.

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantaran pulang Rohingya ditangguh

Pelarian di Cox's Bazar pada 21 Januari 2018. (Gambar: Mohammad Ponir Hossain/ Reuters)

Diterbitkan : 22 Jan 2018 03:56PM Dikemas Kini : 22 Jan 2018 03:59PM

GUNGDUM: Bangladesh menyatakan proses menghantar pulang pelarian Muslim Rohingya ke Myanmar tidak akan bermula esok (23 Jan), seperti yang dirancang kerana persiapan bagi proses itu masih belum lengkap.

"Masih banyak lagi yang belum diuruskan," kata Abul Kalam, pesuruhjaya bagi pemulihan para pelarian Bangladesh hari ini (22 Jan).

"Senarai mereka yang akan dihantar pulang belum dimuktamadkan kerana ada yang belum lulus pengesahan. Kem sementara juga masih dibangunkan."

Di bawah perjanjian yang dimeterai minggu lalu, Muslim Rohingya akan dihantar pulang dari Bangladesh ke dua pusat penyambut pelarian yang terletak di sempadan Myanmmar. Proses menghantar pulang Muslim Rohingya ke Myanmar dijangka berlangsung selama dua tahun.  

Sumber : Reuters/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan