Penghantar makanan ini dirakam jamah makanan pelanggan dalam lif
Kali ini bukan kerana pihak restoran memang sengaja menyediakan makanan dalam jumlah yang lebih sedikit daripada biasa. Tetapi sebaliknya ada 'tikus besar' yang makan makanan yang disediakan sepanjang perjalanan dari restoran hinggalah ke rumah pelanggan.
GUANGDONG: Kali ini bukan kerana pihak restoran memang sengaja menyediakan makanan dalam jumlah yang lebih sedikit daripada biasa. Tetapi sebaliknya ada 'tikus besar' yang makan makanan yang disediakan sepanjang perjalanan dari restoran hinggalah ke rumah pelanggan.
Tindakan penghantar makanan yang menjamu makanan pembeli dirakam kamera CCTV! Terhimpit hendak di atas, terkurung hendak di luar, akhirnya penghantar makanan terbabit dipecat.
Inilah yang berlaku di China baru-baru ini yang mencuri perhatian ramai orang terutama sekali netizen selepas rakaman CCTV itu dikongsi di platform-platform online termasuk Facebook dan Weibo.
Menurut Shanghaiist, insiden berkenaan berlaku di kota Sihui di wilayah Guangdong. Rakaman CCTV menunjukkan seorang penghantar makanan menjamah makanan pelanggan dari bekas plastik dalam sebuah lif sebelum menutup kembali bekas itu dan meletakkannya ke dalam beg.
Tidak setakat itu sahaja, beliau mengambil satu lagi bekas lalu menghirup sup daripada bekas tersebut.
Identiti penghantar makanan itu bagaimanapun tidak didedahkan. Yang pasti, beliau merupakan seorang kakitangan syarikat penghantar makanan popular di negara itu, Meituan, seperti yang dilaporkan Shanghaiist. Lelaki tersebut dipecat sejurus selepas rakaman CCTV tersebut menjadi tular di platform-platform media sosial.
Video yang dikongsi di Facebook sahaja sudah ditonton lebih 200,000 kali.
Ramai turut meninggalkan komen-komen selepas menonton video tersebut. Kebanyakan berasa marah terhadap sikap tidak bertanggungjawab lelaki itu.
"Ini sebabnya saya tidak suka memesan makanan secara online," tulis seorang pengguna Facebook di ruang komen media sosial itu.
Namun, ada juga yang berasa kasihan dengan penghantar makanan itu. "Saya tidak kisah jika saya perlu berkongsi makanan dengannya. Apa salahnya? Berkongsi lebih baik."
Shanghaiist difahamkan ini bukan kali pertama seorang penghantar makanan menjamah makanan pelanggan. Tahun lalu, seorang penghantar makanan diberhentikan kerja kerana meminum sup pelanggan dan menggantikannya dengan air kencing.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.