Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penghantar makanan GrabFood maut dihempap pokok ketika ribut di M'sia

Seorang penghantar makanan GrabFood maut selepas dipercayai dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur pada petang Khamis (15 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Penghantar makanan GrabFood maut dihempap pokok ketika ribut di M'sia

(Gambar: Polis Trafik KL/FB Info Roadblock JPJ/Polis)

Diterbitkan : 16 Apr 2021 12:10AM Dikemas Kini : 16 Apr 2021 12:17AM

KUALA LUMPUR: Seorang penghantar makanan GrabFood maut selepas dipercayai dihempap dahan pokok yang tumbang akibat ribut berhampiran Petronas Alam Damai, Cheras, Kuala Lumpur pada petang Khamis (15 Apr).

Mangsa, Syed Izzat Izzudin yang berusia 20 tahun meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata kejadian berlaku pada kira-kira 4.00 petang ketika mangsa sedang dalam perjalanan dari Jalan Damai Jasa menghala ke Taman Len Seng sebelum dahan dari sebatang pokok secara tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa.

Rentetan kejadian itu, polis meminta bantuan pihak bomba untuk memotong dahan pokok berkenaan bagi mengeluarkan mangsa yang terperangkap di bawahnya.

“Mayat mangsa dibawa ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi pada Khamis.

Sementara itu, berlaku kesesakan lalu lintas di sekitar ibu negara akibat beberapa lokasi yang dilanda banjir kilat dan kejadian pokok tumbang akibat hujan lebat pada kira-kira 3.30 petang.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Cheras ketika dihubungi berkata lokasi yang terjejas akibat pokok tumbang adalah di Petronas Alam Damai, Taman Len Sen di Cheras; Jalan 4/27A Seksyen 2 di Wangsa Maju; Jalan Pantai Murni di Pantai Dalam; Jalan Sultan Salahuddin di Kampung Padang Merbok; Jalan Melati dan Lebuhraya MRR2 di Hulu Klang.

Dalam pada itu, Pusat Pengurusan Pengangkutan Bersepadu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur ketika dihubungi berkata kesesakan lalu lintas berlaku menyusuli banjir kilat akibat hujan lebat pada sebelah petang.

Antara laluan yang terjejas adalah Jalan Cheras di hadapan Ekomall menghala ke Bulatan Billion dan kedua-dua arah jalan dari Bulatan Cheras ke Taman Maluri.

Bagaimanapun, takungan air di beberapa laluan mula surut pada kira-kira 4.20 petang.

Sumber : Bernama/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan