Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengguna alami masalah akses Facebook, Instagram, WhatsApp

Para pengguna di beberapa negara tidak dapat mengakses aplikasi-aplikasi Facebook dan Instagram semalam (13 Mac) disebabkan satu gangguan yang belum dikenal pasti puncanya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengguna alami masalah akses Facebook, Instagram, WhatsApp

(Gambar hiasan: Reuters)

Diterbitkan : 14 Mar 2019 09:17AM Dikemas Kini : 14 Mar 2019 09:20AM

SAN FRANCISCO: Para pengguna di beberapa negara tidak dapat mengakses aplikasi-aplikasi Facebook dan Instagram semalam (13 Mac) disebabkan satu gangguan yang belum dikenal pasti puncanya.

Syarikat gergasi California dengan lebih 2 bilion pengguna itu dimaklumkan tentang gangguan tersebut selepas para pengguna meluahkan di Twitter bahawa mereka tidak boleh mengakses Facebook atau mengalami penggunaan yang terbatas.

“Kami maklum bahawa sesetengah pengguna mengalami masalah mengakses aplikasi-aplikasi Facebook. Kami sedang berusaha untuk menghuraikan isu ini secepat mungkin,” demikian menurut kenyataan Facebook di Twitter.

Tidak lama kemudian, Facebook mendedahkan bahawa gangguan berkenaan bukan disebabkan oleh penggodaman yang berniat untuk menyerang rangkaiannya.

“Kami fokus kepada usaha mencari huraian bagi isu tersebut secepat mungkin, tetapi kami boleh mengesahkan sejauh ini bahawa ia tiada kaitan dengan serangan DDoS,” menurut Facebook.

Menurut laman downdetector.com, gangguan Facebook kelihatan lebih kerap berlaku di Amerika Syarikat, Eropah, Jepun dan Australia. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan