Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengganas serangan Christchurch hadir di mahkamah bagi dakwaan membunuh

Seorang pengganas yang menyiarkan secara langsung tindakannya memasuki dua masjid di bandar Christchurch, New Zealand dan membunuh 49 jemaah, dihadapkan ke mahkamah hari ini (16 Mac) atas tuduhan membunuh.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengganas serangan Christchurch hadir di mahkamah bagi dakwaan membunuh

Brenton Tarrant didakwa atas tuduhan membunuh berhubung serangan pengganas yang dilancarkan ke atas dua masjid di Christchurch, New Zealand. (Gambar: Mark Mitchell/New Zealand Herald/Reuters)

Diterbitkan : 16 Mar 2019 12:13PM Dikemas Kini : 16 Mar 2019 12:21PM

CHRISTCHURCH: Seorang pengganas yang menyiarkan secara langsung tindakannya memasuki dua masjid di bandar Christchurch, New Zealand dan membunuh 49 jemaah, dihadapkan ke mahkamah hari ini (16 Mac) atas tuduhan membunuh.

Brenton Tarrant, seorang rakyat Australia berusia 28 tahun, tidak menunjuk sebarang emosi semasa hakim membaca tuduhan terhadapnya. Pelbagai lagi tuduhan dijangka dikenakan terhadap bekas jurulatih kecergasan itu.

Tarrant tidak memohon ikat jamin dan ditahan hingga dia dijadual dibicarakan lagi pada 5 April.

Seramai 39 orang dirawat di hospital kerana mengalami luka tembakan dan kecederaan lain akibat serangan tersebut. Mereka termasuk seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dan kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, yang berada dalam keadaan tenat.

Sementara itu, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern menyifatkan kejadian di masjid Al Noor dan Linwood sebagai serangan pengganasan, dan ia dianggap sebagai serangan paling dahsyat yang disasarkan terhadap gologan Muslim di negara Barat.

Cik Ardern berkata para mangsa berasal dari merata dunia Islam. Turki, Bangladesh, Indonesia dan Malaysia adalah antara negara-negara yang menghulurkan bantuan konsular.

Seorang rakyat Arab Saudi dan dua rakyat Jordan adalah antara mangsa serangan tersebut, manakala lima rakyat Pakistan dilaporkan hilang.

Serangan itu mengejutkan ramai pihak yang melahirkan rasa sedih kerana ia berlaku di sebuah negara yang aman dan menerima kedatangan orang luar termasuk pelarian yang mencari perlindungan daripada keganasan atau penindasan.

Dua lagi orang masih ditahan, namun belum lagi jelas apakah kaitan mereka dengan serangan tersebut.

Seorang lelaki berusia 18 tahun, Alexander Bryan, pula didakwa atas tuduhan menghasut.

Seorang lagi individu yang diberkas sebelum ini dilaporkan seorang anggota awam yang bersenjata, yang cuba untuk memberi bantuan.

Cik Ardern turut berkata, beliau akan mengkaji semula urutan peristiwa sebelum serangan berkenaan untuk menentukan mengapa suspek itu tidak dikesan lebih awal oleh pihak berkuasa.

Sumber : AFP/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan