Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengganas 'lazimnya Muslim' kata CEO Ryanair yang kini dikritik sebagai perkauman

Kaum lelaki Muslim patut dikenakan periksaan dengan ketat di lapangan terbang kerana anggota pengganas "lazimnya merupakan penganut agama Islam", menurut CEO Ryanair Michael O'Leary.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengganas 'lazimnya Muslim' kata CEO Ryanair yang kini dikritik sebagai perkauman

CEO Ryanair Michael O'Leary. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 22 Feb 2020 11:12PM Dikemas Kini : 22 Feb 2020 11:16PM

LONDON: Kaum lelaki Muslim patut dikenakan periksaan dengan ketat di lapangan terbang kerana anggota pengganas "lazimnya merupakan penganut agama Islam", menurut CEO Ryanair Michael O'Leary dalam satu wawancara yang diterbitkan pada Sabtu (22 Feb). Komen beliau sekali gus mencetuskan tuduhan bahawa ia bersifat perkauman.

"Siapakah para pengebom?" menurut ketua eksekutif penerbangan tambang murah itu semasa membincangkan keselamatan lapangan terbang dalam satu wawancara dengan akhbar Times.

"Mereka adalah kaum lelaki yang melakukan perjalanan sendirian... Sekiranya anda melakukan perjalanan dengan keluarga serta anak-anak; peluang anda akan meletupkan diri tiada langsung."

"Tetapi ia lazimnya adalah lelaki Muslim. 30 tahun lalu ia adalah warga Ireland."

Seorang jurucakap dari Majlis Muslim Britain menuduh Encik O'Leary sebagai "Islamofobia".

Anggota Parlimen dari parti Buruh, Encik Khalid Mahmood, pula menuduh Encik O'Leary sebagai "menggalak perkauman".

"Di Germany minggu ini, seorang individu kulit putih membunuh seramai lapan orang. Patutkah kami melaksanakan pemeriksaan lebih ketat terhadap orang kulit putih bagi memeriksa sama ada mereka berfahaman Fasis?"

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan