Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengganas Christchurch berniat teruskan serangan ketika ditangkap

Suspek utama serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand merancang untuk meneruskan serangan itu di tempat lain sebelum dia berjaya ditangkap oleh polis.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengganas Christchurch berniat teruskan serangan ketika ditangkap

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern semasa satu sidang media di Christchurch. (Gambar: Marty Melville/Pejabat Perdana Menteri New Zealand/AFP)

Diterbitkan : 16 Mar 2019 02:13PM Dikemas Kini : 16 Mar 2019 02:18PM

CHRISTCHURCH: Suspek utama serangan pengganas di dua masjid di Christchurch, New Zealand merancang untuk meneruskan serangan itu di tempat lain sebelum dia berjaya ditangkap oleh polis.

Perdana Menteri New Zealand Jacinda Adern berkata hari ini (16 Mac) bahawa pengganas itu sedang bergerak ke lokasi lain ketika ditahan.

"Terdapat dua lagi senjata api di dalam kenderaan pengganas itu dan ia secara jelas menunjukkan bahawa suspek sememangnya berniat untuk melakukan lebih banyak serangan," kata Cik Ardern kepada para wartawan di Christchurch.

Suspek, yang dikenal pasti sebagai Brenton Tarrant, seorang rakyat Australia berusia 28 tahun, hari ini (16 Mac) didakwa dengan tuduhan membunuh.

Menurut Cik Arden, lebih banyak dakwaan mungkin akan dikenakan terhadapnya.

"Saya masih belum lagi memperolehi maklumat lengkap, namun pada masa ini, sudah jelas bahawa kanak-kanak kecil turut menjadi mangsa serangan tersebut," katanya. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan