Pengetua sekolah disiasat kerana ponteng kerja
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan menyiasat dakwaan seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di negeri timur Malaysia itu, yang ponteng kerja sejak sekolah dibuka awal tahun ini.
TAWAU: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) akan menyiasat dakwaan seorang guru besar di sebuah sekolah rendah di negeri timur Malaysia itu, yang ponteng kerja sejak sekolah dibuka awal tahun ini.
Pengarah JPNS Mistirine Radin berkata siasatan akan dijalankan berdasarkan banyak aduan yang diterima pihaknya termasuk daripada wakil rakyat di kawasan terbabit berkaitan ketidakhadiran guru besar tersebut ke sekolah.
"Jika aduan berkenaan didapati benar, jabatan akan mengambil tindakan yang tegas termasuk mengenakan tindakan tatatertib," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Program Bicara Profesional bersama Pengarah JPNS bagi Zon Pantai Timur Sabah pada Rabu (20 Feb).
Dalam pada itu, Cik Mistirine berkata Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) di negeri itu perlu memantau dan menyiasat segera jika menerima aduan berkaitan guru tidak hadir bertugas ke sekolah.
Sementara itu, beliau memberi jaminan bahawa tiada guru di Sabah akan tercicir daripada kenaikan pangkat.
"Saya akan minta Pegawai PPD melihat perkara tersebut jika ada keciciran kenaikan pangkat, sekiranya guru ini layak untuk naik pangkat saya akan pastikan tiada keciciran," katanya.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.