Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengawal selia penerbangan AS haramkan sesetengah MacBook Pro dalam pesawat

Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengharamkan model-model tertentu MacBook Pro jenama Apple daripada dibawa masuk ke dalam pesawat.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengawal selia penerbangan AS haramkan sesetengah MacBook Pro dalam pesawat

(Gambar hiasan: Aly Song/Reuters)

Diterbitkan : 14 Aug 2019 11:37AM Dikemas Kini : 14 Aug 2019 11:38AM

WASHINGTON: Jabatan Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) mengharamkan model-model tertentu MacBook Pro jenama Apple daripada dibawa masuk ke dalam pesawat.

Langkah itu diambil setelah Apple menarik balik model-model tertentu yang baterinya berisiko mencetuskan kebakaran.

"FAA maklum bahawa bateri-bateri yang ditarik balik digunakan dalam sesetengah MacBook Pro Apple," kata jurucakap FAA menerusi kiriman emel pada Isnin (12 Ogos).

Beliau juga berkata agensi itu sudahpun "memaklumkan syarikat-syarikat penerbangan mengenai penarikan balik tersebut."

Pada Jun, Apple menyatakan bahawa ia akan menarik balik sejumlah bateri MacBook Pro berukuran 15 inci kerana bateri-baterinya mudah terjejas akibat terlalu panas.

Unit-unit yang terjejas dijual antara September 2015 hingga Februari 2017. 

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan