Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengawal keselamatan dihukum penjara, sebat kerana merompak

Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 36 bulan dan sekali sebat oleh Mahkamah Sesyen hari ini (1 Nov) selepas mengaku bersalah atas tuduhan merompak beg tangan seorang wanita, Julai lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengawal keselamatan dihukum penjara, sebat kerana merompak

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 01 Nov 2018 04:49PM Dikemas Kini : 01 Nov 2018 04:51PM

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan dihukum penjara 36 bulan dan sekali sebat oleh Mahkamah Sesyen hari ini (1 Nov) selepas mengaku bersalah atas tuduhan merompak beg tangan seorang wanita, Julai lepas.

Hakim Mahyon Talib memerintahkan tertuduh Edi Enra Suwirman, 35 tahun, menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap pada 17 Julai lepas.

Dia didakwa merompak beg tangan Cik Zaharah Salim, 57 tahun, di Jalan Taman Ibu kota, Setapak pada 3.30 petang, 6 Julai lepas, di bawah Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat.

Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memohon hukuman berat dengan mengambil kira kesalahan merompak semakin berleluasa, bagaimanapun tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu hukuman ringan atas alasan dia menanggung ibunya yang berusia 68 tahun dan adiknya.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan