Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengawal keselamatan di Malaysia jadi viral selepas video TikTok bersama monyet tular

Seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat peranginan di Langkawi, Kedah kini dikenali ramai disebabkan seekor monyet nakal.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengawal keselamatan di Malaysia jadi viral selepas video TikTok bersama monyet tular

Gelagat Encik Hafiidz dan monyet nakal ini mencuit hati ramai netizen. (Petikan skrin: TikTok/arefiz69)

Diterbitkan : 12 Nov 2021 07:19PM Dikemas Kini : 12 Nov 2021 07:37PM

KUALA LUMPUR: Seorang pengawal keselamatan di sebuah pusat peranginan di Langkawi, Kedah kini dikenali ramai disebabkan seekor monyet nakal.

Muhamad Hafiidz Hamzah berkata beliau tidak menjangkakan rakaman video yang dikongsinya tentang monyet yang dinamakan Lisa mencuri makanannya itu akan tular.

"Saya terperanjat apabila video itu tular. Banyak laman berita yang melaporkan tentangnya.

"Malah media Los Angeles dan Singapura juga mahu membeli klip video itu daripada saya," kata beliau kepada mStar.

Hafiidz, 25 tahun, berkata video itu dipetik daripada rakaman televisyen litar tertutup (CCTV).

"Daripada klip video itu, ia kelihatan tidak dibuat-dibuat dan spontan. Tapi hakikatnya saya memang sudah terbiasa," kata beliau.

Pemuda asal Kuala Lumpur itu berkata monyet tersebut sudahpun ada di Berjaya Langkawi Resort sejak beliau mula bekerja di situ tiga tahun lalu.

"Mereka jinak. Kawasan peranginan itu sebelum ini tempat tinggal mereka. Apabila tempat peranginan berkenaan dibina, mereka lari daripada kawasan tersebut."

"Namun, apabila pelancong mula memberi makan, monyet-monyet itu kembali dan terus tinggal di sini."

Malay Mail melaporkan Hafiidz mengaku beliau terkejut ketika ternampak monyet-monyet itu apabila pertama kali bertugas di pusat peranginan itu.

"Monyet-monyet itu mengenali mereka yang memberi makan."

Hafiidz dan rakan-rakan sekerjanya memberi monyet-monyet itu roti setiap pagi untuk mengelak mereka daripada merayau-rayau di restoran resort tersebut.

Hafiidz berkata beliau turut menerima permintaan untuk memuat naik lebih banyak video menampilkan Lisa selepas rakaman pertama itu menjadi tular.

Katanya, menurut Malay Mail, tempat peranginan itu menjadi popular disebabkan rakaman video tersebut.

"Ramai datang berkunjung dan perkara pertama mereka tanya apabila terserempak saya adalah sama ada saya pengawal keselamatan dalam video bersama monyet itu. Malah, keluarga Shuib Sepahtu (pelawak Malaysia) dan pembantu peribadinya pun menghubungi saya."

Sumber : Agensi berita/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan