Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengasuh didakwa cuai jaga kanak-kanak hingga lebam di dahi

Seorang pengasuh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini (30 Sep) atas pertuduhan cuai menjaga seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkan lebam di dahi kanan mangsa.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasuh didakwa cuai jaga kanak-kanak hingga lebam di dahi

Gambar hiasan penderaan budak (Gambar: Gaya Chandramohan)

Diterbitkan : 30 Sep 2020 02:42PM Dikemas Kini : 30 Sep 2020 02:43PM

KUALA LUMPUR: Seorang pengasuh warga Indonesia didakwa di Mahkamah Sesyen hari ini (30 Sep) atas pertuduhan cuai menjaga seorang kanak-kanak lelaki sehingga menyebabkan lebam di dahi kanan mangsa.

Nurul Fithroh Maulidiyah, 23 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Emilia Kaswati Mohamad Khalid.

Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut terhadap kanak-kanak yang berusia setahun itu di sebuah rumah di Desa Pandan, Wangsa Maju antara 1.00 tengah hari hingga 5.00 petang, pada 5 Sep lalu, mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 (S$16,459) atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Noor Dayana Mohamad tidak menawarkan jaminan kerana tertuduh warga asing manakala peguam Nur Fazrin Ahmad memohon jaminan dibenarkan dengan alasan anak guamnya menanggung keluarga di kampung.

“Hari ini, dua penjamin warga tempatan telah hadir ke mahkamah untuk menjamin anak guam saya. Mereka adalah pasangan suami isteri yang merupakan kenalan kepada anak guam saya,” katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM7,000 (S$2,304) dengan dua penjamin warga tempatan berserta syarat tambahan, pasport diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai serta perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan setiap bulan dan menetapkan 14 Okt untuk sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan