Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengasuh cuai, kanak-kanak setahun meninggal dunia

Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar pagi semalam (19 Apr) dipercayai menjadi mangsa kecuaian pengasuhnya yang menetap di Taman Kuala Kangsar.

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasuh cuai, kanak-kanak setahun meninggal dunia

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 20 Apr 2019 03:35PM Dikemas Kini : 20 Apr 2019 03:38PM

IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun enam bulan meninggal dunia di Hospital Kuala Kangsar pagi semalam (19 Apr) dipercayai menjadi mangsa kecuaian pengasuhnya yang menetap di Taman Kuala Kangsar.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Razali Ibrahim berkata mangsa Muhammad Aidil Amsyar Muhammad Hafizuddin sebelum itu dibawa ke hospital berkenaan kira-kira jam 8.40 pagi untuk mendapatkan rawatan, namun setelah diberi bantuan penafasan selama satu jam mangsa meninggal dunia.

“Hasil bedah siasat yang dilakukan oleh pakar forensik memaklumkan bahawa punca kematian merupakan daripada masalah pada organ dalaman iaitu pankreas.

“Jantung si mati juga tidak kelihatan normal kerana sedikit besar dan tidak seperti kanak-kanak yang seusia dengannya. Hasil bedah siasat juga memaklumkan tiada unsur jenayah berlaku kepada si mati,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini (20 Apr).

Beliau berkata hasil soal siasat yang dilakukan, ibu mangsa telah menghantar anak lelakinya pada jam 7.00 pagi dalam keadaan sihat namun dua jam selepas itu, ibu kepada pengasuh datang ke pejabatnya dan memaklumkan anaknya itu berada di hospital.

“Beliau terus ke hospital dan berjumpa dengan pengasuh yang memaklumkan anaknya telah terjatuh selepas panjat jeriji tingkap di dalam bilik.

“Pengasuh beritahu kepada ibu mangsa semasa dalam perjalanan ke hospital, anaknya masih lagi terbuka mata namun si ibu diberitahu doktor anaknya telah meninggal dunia,” katanya.

ACP Razali berkata pengasuh yang berusia 24 tahun itu menjaga anak wanita tersebut sejak awal bulan ini.

“Hasil siasatan di tempat kejadian mendapati tiada sebarang tanda kesan jenayah yang boleh menjuruskan berlakunya jenayah,” katanya sambil menambah siasatan sedang dilakukan terhadap pengasuh kerana melakukan kecuaian terhadap kanak-kanak. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan