Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pengasas dedah lebih 70 juta pengguna baru muat turun Telegram semasa gangguan Facebook

Aplikasi penghantaran mesej, Telegram, memperoleh lebih 70 juta pengguna baru semasa gangguan Facebook pada Isnin (4 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pengasas dedah lebih 70 juta pengguna baru muat turun Telegram semasa gangguan Facebook

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 06 Oct 2021 08:11PM Dikemas Kini : 06 Oct 2021 08:23PM

MOSCOW: Aplikasi penghantaran mesej, Telegram, memperoleh lebih 70 juta pengguna baru semasa gangguan Facebook pada Isnin (4 Okt).

Demikian dedah pengasasnya Encik Pavel Durov pada Selasa (5 Okt). Ini sedang orang ramai seantero dunia terpinga-pinga tanpa khidmat utama penghantar mesej selama hampir enam jam.

Facebook menyatakan gangguan tersebut, yang menyebabkan 3.5 bilion penggunanya tidak dapat mengakses khidmat seperti WhatsApp, Instagram dan Messenger, adalah disebabkan kesilapan pada perubahan konfigurasi.

"Kadar pertumbuhan harian Telegram melebihi kebiasaan berkali ganda, dan kami menerima lebih 70 juta pelarian daripada platform lain dalam sehari," tulis Encik Durov di saluran Telegramnya.

Encik Durov berkata sebilangan pengguna di benua Amerika mungkin mengalami khidmat yang lebih perlahan disebabkan berjuta-juta orang bergegas untuk mendaftar dalam masa yang sama. Namun khidmat tersebut berfungsi seperti biasa bagi kebanyakan orang.

Ketua antimonopoli Kesatuan Eropah, Margrethe Vestager berkata, gangguan itu menunjukkan akibat bergantung hanya kepada beberapa pemain utama saja dan menekankan perlunya lebih banyak persaingan.

Rusia menyatakan kejadian itu menunjukkan bahawa Moscow bertindak dengan tepat untuk mengembangkan platform internet dan rangkaian sosialnya sendiri.

Gangguan WhatsApp selama hampir enam jam pada Isnin lalu menjejas perdagangan pelbagai aset dari mata wang kripto hingga ke minyak Rusia, menurut para pemain pasaran. Bagaimanapun peralihan pantas ke wadah alternatif seperti Telegram menghadkan gangguan yang teruk. 

Jangan ketinggalan untuk mengikuti saluran Telegram BERITAmediacorp di https://t.me/BERITAmediacorp.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan