Images
  • pyeonchang
    Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang membuka tirainya Jumaat lalu (9 Feb). (Gambar: JONATHAN NACKSTRAND/AFP)

Penganjur sahkan 177 kes norovirus di Temasya Olimpik Pyeongchang

PYEONGCHANG: Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang berkata bahawa sebanyak 177 kes jangkitan norovirus dikesan di kejohanan itu.

Namun, sejauh ini tiada atlit yang terjejas.

Pihak penganjur juga menyatakan bahawa 68 pesakitnya sembuh dan dibebaskan daripada kuarantin.

Norovirus menyebabkan pesakitnya mengalami cirit-birit dan muntah-muntah.

Ia dikesan di tempat Sukan Olimpik di Pyeongchang itu menjelang upacara pembukaan kejohanan tersebut pada Jumaat lalu (9 Feb).

Berikutan daripada itu, kira-kira 1,200 anggota keselamatannya dikenakan kuarantin dan askar-askar sudahpun dikerah untuk mengambil alih tugas mereka.

- CNA/MA/sm

Top