Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penganggur rompak 2 remaja dengan bersenjatakan pemutar skru

Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini (7 Nov) atas pertuduhan merompak dengan bersenjatakan pemutar skru terhadap dua pelanggan kedai dobi, Sabtu lepas (3 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Penganggur rompak 2 remaja dengan bersenjatakan pemutar skru

Gambar fail logo Polis Diraja Malaysia. (Gambar: AFP/Saeed Khan)

Diterbitkan : 07 Nov 2018 06:44PM Dikemas Kini : 07 Nov 2018 06:47PM

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini (7 Nov) atas pertuduhan merompak dengan bersenjatakan pemutar skru terhadap dua pelanggan kedai dobi, Sabtu lepas (3 Nov).

Mohammad Zukri Amaz, 25 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong.

Tertuduh didakwa bersama-sama seorang lagi yang masih bebas merompak pelayan kafe, Caleb Liew dan pelajar, Cheong Hui Qing, kedua-duanya berumur 16 tahun. Mereka didakwa merompak telefon bimbit jenama Iphone X milik Cheong bernilai RM4,000 (S$1,315) dan wang tunai RM35 (S$11.51) milik Caleb.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di sebuah kedai dobi di Taman Len Seng, Cheras pada jam 5.00 pagi, 3 Nov.

Timbalan Pendakwa Raya, Encik Muhammad Farith Muhd Faizal tidak menawarkan jaminan dengan alasan kesalahan itu tidak boleh dijamin. Mohammad Zukri yang tidak diwakili peguam tidak membuat sebarang rayuan.

Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh diikat jamin dan menetapkan 4 Dis untuk sebutan semula kes.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan