Penerbangan Philippine Airlines 777 mendarat cemas di lapangan terbang Los Angeles
Sebuah pesawat Boeing 777 yang dalam perjalanan ke Manila mengalami kerosakan enjin pada Khamis (21 Nov) sejurus setelah ia berlepas dan melakukan pendaratan cemas di Los Angeles.
LOS ANGELES: Sebuah pesawat Boeing 777 yang dalam perjalanan ke Manila mengalami kerosakan enjin pada Khamis (21 Nov) sejurus setelah ia berlepas dan melakukan pendaratan cemas di Los Angeles.
Tidak lama setelah Penerbangan Philippine Airlines 113 berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Los Angeles, para juruterbang melaporkan kemungkinan kerosakan enjin dan mendarat dengan selamat, menurut Pentadbiran Penerbangan Federal.
Stesen Televisyen ABC-7 di Los Angeles menyiarkan video pesawat itu setelah ia berlepas yang menunjukkan api dan kepulan asap keluar dari enjin kanan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.