Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penerbangan dari lapangan terbang Korea Selatan beroperasi kembali selepas Taufan Kong-rey beralih

Penerbangan di lapangan-lapangan terbang Korea Selatan kembali beroperasi selepas Taufan Kong-rey beralih arah dari Semenanjung Korea, lapor agensi berita Yonhap.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan dari lapangan terbang Korea Selatan beroperasi kembali selepas Taufan Kong-rey beralih

Lapangan Terbang Icheon. (Gambar fail: Byun Yeong-Wook/AFP)

Diterbitkan : 06 Oct 2018 05:15PM Dikemas Kini : 06 Oct 2018 05:20PM

SEOUL: Penerbangan di lapangan-lapangan terbang Korea Selatan kembali beroperasi selepas Taufan Kong-rey beralih arah dari Semenanjung Korea, lapor agensi berita Yonhap.

Menurut Perbadanan Lapangan-Lapangan Terbang Korea, keberangkatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Jeju disambung semula pada jam 12.30 tengah hari.

Terdahulu, sekitar 300 penerbangan, termasuk penerbangan antarabangsa ke China dan Jepun, dibatalkan sedang negara itu diramalkan dibadai Taufan Kong-rey.

Pengendali lapangan terbang, bagaimanapun, menasihati para pelancong supaya memeriksa jadual penerbangan, kerana beberapa penerbangan masih lagi dibatalkan.

Sebelum itu, Pentadbiran Meteorologi Korea mengeluarkan amaran taufan bagi kebanyakan kawasan di selatan Korea Selatan. Amaran hujan lebat juga dikeluarkan di ibu kota Seoul.

Taufan itu bergerak dari Semenanjung Korea pada sekitar 12.40 tengah hari menghala Laut Timur. Taufan Kong-rey melalui Wilayah Gyeongsang Selatan pada 9.50 pagi, dan melalui bandar-bandar utama di kawasan itu, termasuk Busan, selama tempoh kira-kira tiga jam.

Pentadbiran itu masih mengekalkan amaran taufan di bandar-bandar utama kawasan selatan dan menasihati para penduduk supaya berhati-hati akan angin kencang serta hujan lebat. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan