Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penerbangan 737 MAX 8 Southwest tanpa penumpang selamat lakukan pendaratan cemas

Sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8 milik syarikat penerbangan tambang rendah Amerika Syarikat, Southwest Airlines, terpaksa melakukan pendaratan cemas semalam.

Anggaran Waktu Membaca:
Penerbangan 737 MAX 8 Southwest tanpa penumpang selamat lakukan pendaratan cemas

Gambar fail pesawat Boeing 737 MAX 8 milik syarikat penerbangan Southwest Airlines. (Gambar: Loren Elliot/Reuters)

Diterbitkan : 27 Mar 2019 07:26AM Dikemas Kini : 27 Mar 2019 07:30AM

FLORIDA: Sebuah pesawat Boeing 737 MAX 8 milik syarikat penerbangan tambang rendah Amerika Syarikat, Southwest Airlines, terpaksa melakukan pendaratan cemas pada Selasa (26 Mac).

Ini disebabkan oleh masalah berkaitan enjin yang dialaminya sejurus selepas pesawat itu berlepas.

Menurut Southwest Airlines, pesawat berkenaan tidak membawa sebarang penumpang ketika insiden itu berlaku.

Syarikat penerbangan itu juga menyatakan, isu itu tidak ada kaitan dengan sistem komputer dalam pesawat 737 MAX. Sistem pesawat Boeing 737 MAX yang mencegahnya jatuh dari ketinggian mendapat tumpuan selepas dua nahas maut yang berlaku sejak Oktober lalu.

Pesawat Southwest Airlines tersebut dijadual melakukan penerbangan dari Orlando, Florida ke sebuah lapangan terbang logistik di Victorville, California.

Ia bagaimanapun selamat kembali ke Orlando pada sekitar 2.50 petang, waktu tempatan.

Dua minggu lalu, Pentadbiran Penerbangan Persekutuan Amerika Syarikat (FAA) menggantung operasi pesawat 737 MAX buat sementara.

Bagaimanapun, FAA membenarkan syarikat-syarikat penerbangan untuk melakukan penerbangan tanpa sebarang penumpang, bagi memindahkan pesawat-pesawat itu ke lapangan terbang lain.

Seorang jurucakap Boeing berkata, syarikat itu sudah "dimaklumkan mengenai insiden berkenaan dan ia sedang memberi bantuan kepada pelanggannya."

Southwest Airlines bagaimanapun tidak segera mengulas mengenai insden tersebut.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan