Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penemuan 39 mayat dalam lori Britain: Pemandu dikenakan 39 tuduhan

Seorang pemandu lori dari Ireland Utara dikenakan tuduhan menyebabkan kematian dan memperdagangkan manusia. Kes itu berkaitan dengan 39 mayat pendatang haram yang ditemui di dalam sebuah lori sejuk di Essex, berhampiran ibu kota London.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Oct 2019 08:19PM Dikemas Kini : 27 Oct 2019 11:17PM

BRITAIN: Seorang pemandu lori dari Ireland Utara dikenakan tuduhan menyebabkan kematian dan memperdagangkan manusia.

Kes itu berkaitan dengan 39 mayat pendatang haram yang ditemui di dalam sebuah lori sejuk di Essex, berhampiran ibu kota London.

BACA: Polis UK temui 39 orang mati dalam kontena lori

Maurice Robinson, 25 tahun, ditangkap sejurus selepas mayat-mayat itu ditemui dalam lori kontena di Purfleet, Sungai Thames selepas tiba dengan feri dari Pelabuhan Zeebrugge, Belgium pada Rabu (23 Okt).

Dia menghadapi 39 tuduhan menyebabkan kematian, konspirasi penyeludupan manusia, konspirasi membantu kesalahan imigresen dan pengubahan wang haram.

Robinson dijangka dihadapkan ke mahkamah pada Isnin (28 Okt), kata polis Essex.

Polis Britain juga menahan empat orang lagi berhubung kes itu.

Satu pasangan suami isteri ditahan di Warrington, England pada Jumaat (25 Okt) termasuk seorang wanita yang didakwa pernah memiliki lori tersebut.

Namun, pasangan itu menolak pelibatan mereka dalam kejadian itu dan berkata lori itu dijual kepada sebuah syarikat Ireland lebih setahun lalu.

Suspek keempat, lelaki berusia 48 tahun dari Ireland Utara turut ditangkap.

Pada awalnya, polis berkata 31 lelaki dan 8 wanita yang mati itu adalah rakyat China.

Namun, seramai 20 rakyat Vietnam dikhuatiri antara 39 mayat yang ditemui di dalam lori itu, demikian menurut ahli keluarga dan penganjur masyarakat pada Sabtu (26 Okt).

Proses mengenal pasti identiti mereka masih diteruskan.

Beberapa keluarga pendatang Vietnam berkata saudara-mara mereka hilang semasa dalam perjalanan ke Britain.

Kumpulan VietHome yang berpangkalan di Britain menyatakan ia menerima "gambar hampir 20 orang yang dilaporkan hilang berusia antara 15 dengan 45 tahun" dari Vietnam.

Kumpulan itu merupakan sumber popular dalam kalangan pendatang haram yang ingin memperbaiki mutu kehidupan mereka di Britain.

Sementara itu, Kedutaan Vietnam di London juga sedang berusaha untuk "mempercepatkan proses mengenal pasti identiti mangsa", menurut kenyataan oleh Kementerian Luar Negara di Hanoi. 

Sumber : AFP/MU/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan