Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk, pelancong di New Zealand masih terkandas dek Taufan Gita

Sekurang-kurangnya 5,000 penduduk di Golden Bay serta pelancong kini terkandas selepas Taufan Gita melanda kawasan tersebut hari ini (21 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 21 Feb 2018 08:13PM Dikemas Kini : 21 Feb 2018 10:04PM

CHRISTCHURCH: Sekurang-kurangnya 5,000 penduduk di Golden Bay serta pelancong kini terkandas selepas Taufan Gita melanda kawasan tersebut hari ini (21 Feb).

Pihak berkuasa tempatan mungkin akan mengerahkan beberapa buah feri selepas lebuh raya utama terpaksa ditutup akibat tanah runtuh.

Taufan Gita menyebabkan kerosakan besar apabila ia melanda Tonga dan Samoa, minggu lalu. Apabila taufan yang sama sampai ke New Zealand pula, ia membawa angin sekencang 140 kilometer sejam serta hujan lebat.

Ia turut menyebabkan bekalan elektrik ke lebih 10,000 buah rumah terputus dan banyak pokok tumbang di South Island.

Sementara itu, sekolah-sekolah di Canterbury masih lagi ditutup hari ini.

Sekitar 200 pelancong pula masih terkandas selepas bermalam di bas-bas ataupun di pusat-pusat kebajikan, menurut laporan Radio NZ.

Bandar Christchurch juga mengisytiharkan keadaan darurat tetapi mujur kerosakan yang berlaku tidak seburuk yang disangkakan. 

Sumber : Reuters/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan