Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Palestin tolak tawaran Trump

Para pemimpin Palestin menolak tawaran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu (22 Ogos) selepas beliau mengatakan akan memberi ‘sesuatu yang bagus’ sebagai pertukaran mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Palestin tolak tawaran Trump

Masjid Al-Aqsa di Baitulmakdis. (Gambar: MENAHEM KAHANA/AFP)

Diterbitkan : 23 Aug 2018 01:13PM Dikemas Kini : 23 Aug 2018 01:21PM

RAMALLAH: Para pemimpin Palestin menolak tawaran Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu (22 Ogos) selepas beliau mengatakan akan memberi ‘sesuatu yang bagus’ sebagai pertukaran mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.

Pegawai kanan Palestin, Ahmad al-Tamimi berkata, dakwaan Trump beliau mengeluarkan Baitulmaqdis daripada rundingan akan datang adalah "dasar berterusan AS yang memihak Israel".

Bercakap kepada agensi berita rasmi Palestin, WAFA, beliau menambah, gesaan Trump untuk satu perjanjian damai Israel-Palestin adalah mustahil tanpa "mengiktiraf timur Baitulmaqdis sebagai ibu kota negara Palestin".

Keputusan mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel pada Disember lalu dan memindahkan kedutaan AS ke bandar itu mencetuskan kemarahan di kalangan penduduk Palestin dengan kepimpinan politik bertindak memutuskan hubungan dengan pentadbiran Rumah Putih.

Pembukaan kedutaan AS pada 14 Mei lalu menyaksikan bantahan besar-besaran dan pertembungan di sempadan Gaza dengan sekurang-kurangnya 63 maut akibat ditembak tentera Israel.

Bercakap kepada media di AS pada Selasa (21 Ogos), Trump sekali lagi mempertahankan tindakan itu, mengatakan beliau memudahkan rundingan akan datang.

“Jika ada perdamaian, ingat apa yang saya katakan, dengan penduduk Palestin, adalah sesuatu yang baik untuk ia dilakukan kerana kami menariknya keluar dari meja perbincangan kerana setiap kali rundingan damai diadakan, mereka tidak pernah melepasi isu Baitulmakdis.

“Anda tahu, dalam rundingan akan datang, Israel perlu membayar harga yang tinggi kerana mereka menang perkara amat besar. Kini Baitulmakdis di luar perbincangan, tiada apa untuk dirundingkan. Namun Palestin akan mendapat sesuatu yang amat bagus kerana ia giliran mereka seterusnya,” kata Trump dalam satu perhimpunan di Virginia Barat.

Tindakan itu amat merumitkan usaha pentadbiran Trump untuk menjadi orang tengah dalam apa yang digelarnya ‘perjanjian terbaik’ oleh kerana Palestin tidak lagi menerima campur tangan AS.

Bercakap di Baitulmaqdis pagi Rabu, penasihat keselamatan Trump, John Bolton berkata, beliau berharap kepimpinan Palestin akan beralih daripada isu kedutaan. 

Sumber : AFP/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan