Images
  • barry
    (Gambar: Michael Mathes/AFP)

Penduduk Lousiana siap sedia hadapi Ribut Tropika Barry

LOUSIANA: Jutaan penduduk Louisiana, Amerika Syarikat bersiap sedia menghadapi ketibaan Ribut Tropika Barry selepas ia mengganas di Teluk Mexico.

Pihak berkuasa menggesa para penduduk supaya mengambil langkah-langkah keselamatan dan menyimpan bekalan penting sedang ribut Barry, berpotensi menjadi taufan paling dahsyat pernah membadai bahagian Selatan Amerika itu dan bandar terbesar, New Orleans bersama kemungkinan hujan lebat serta banjir.

Dengan angin sekencang 100 kilometer sejam, taufan Barry dijangka mendarat di kawasan pantai barat daya New Orleans pada awal pagi (13 Jul).

Pakar-pakar cuaca juga memberi amaran, hujan lebat dijangka menyebabkan banjir besar di sesetengah kawasan.

Untuk memudahkan usaha menghulurkan bantuan,Presiden Donald Trump sudah mengisytiharkan keadaan darurat di Louisiana.

Pihak berkuasa juga giat menjalankan kerja pemindahan dan menutup pintu tebatan banjir manakala penerbangan terpaksa dibatalkan susulan ramalan Pusat Taufan Nasional (NHC) bahawa ribut itu akan melanda hari ini.

Ia kini berada di Teluk Mexico dan membawa bersama hujan lebat serta berpotensi untuk mencetuskan banjir yang mengingatkan orang ramai kepada kemusnahan dibawa Taufan Katrina pada 2005. 

- AFP/MM/na

Top