Images
  • NORA MAIN
    Mayat Nora Quoirin, 15 tahun, ditemui pada 13 Ogos. (Gambar: AFP)

Penduduk kampung bimbang tiada lagi pelancong susuli kematian Nora Quoirin

SEREMBAN: Para penduduk di sebuah bandar di Seremban, Malaysia bimbang kampung mereka tidak akan dikunjungi pelancong selepas seorang remaja warga Ireland yang sedang bercuti bersama keluarganya di sana, ditemui maut di dalam hutan.

Mayat Nora Anne Quoirin, 15 tahun, ditemui 10 hari selepas dia dilaporkan hilang dari resort The Dusun, yang terletak sekitar sejam dari ibu kota Kuala Lumpur.

Mayat Nora ditemui tanpa pakaian bersebelahan anak sungai, sekitar 2.5 kilometer dari resort tersebut.

Hajah Nazipah Mohamad, seorang penduduk, menzahirkan rasa sedih dan 'malu' atas insiden yang berlaku di Pantai, Seremban.

"Orang ramai datang ke sini untuk melihat pemandangan yang indah dan apabila sesuatu seperti ini berlaku, saya berasa sedih. Sehingga kini, saya tidak dapat menahan sebak," katanya.


(Gambar: Mohd Rasfan/AFP)

Seorang lagi penduduk, Siti Fatimah Malek, berkata insiden itu mungkin akan menakutkan orang ramai dan menyebabkan mereka mengelakkan diri daripada mengunjungi bandar tersebut. "Ia tentunya akan menakutkan orang ramai daripada datang ke sini. Mereka takut untuk ke sini akibat apa yang berlaku; ia berlaku dengan tiba-tiba."

Nora, yang mempunyai masalah pembelajaran, hilang dari biliknya di The Dusun pada 4 Ogos.

Sebuah pasukan mencari dan menyelamat terdiri daripada lebih 100 anggota bomba, pegawai polis dan masyarakat tempatan termasuk Orang Asli.


(Gambar: Lim Huey Teng/Reuters)

Pada 13 Ogos, sekumpulan ukarelawan menjumpai mayat Nora pada sekitar 1.40 tengah hari. 

"Kami berhenti sekitar 10 meter dari mayat itu... Kami semua memahami kami tidak sepatutnya mendekati mayat itu.

"Kami tidak mahu merosakkan atau mengganggu sebarang bukti, jika ada," kata seorang sukarelawan. 

- Agensi berita/CNA/AI/ai

Top