Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Islam semakin ramai di Rusia, usul bina lebih banyak masjid

Ibu kota Rusia kini mempunyai sekurang-kurangnya 1.5 juta penduduk Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Islam semakin ramai di Rusia, usul bina lebih banyak masjid

Penduduk Islamdi Rusia semasa Solat Aidiladha tahun lalu. (Gambar: VASILY MAXIMOV/AFP)

Diterbitkan : 13 Jun 2018 05:13PM Dikemas Kini : 13 Jun 2018 05:19PM

MOSKO, RUSIA: Ibu kota Rusia kini mempunyai sekurang-kurangnya 1.5 juta penduduk Islam.

Malah, disebabkan penduduk Islam yang semakin ramai, pelbagai majlis iftar yang diadakan di merata bandar tersebut sempena bulan Ramadan ini kian kekurangan ruang solat kerana jumlah masjid yang terhad.

Disebabkan kekurangan ruang, kebanyakan majlis iftar di Mosko diadakan di kawasan taman.

Oleh kerana musim panas, Ramadan kali ini bermakna masa berpuasa sekitar 19 jam.

Namun, ia tidak menghalang guru sejarah, Cik Maria ke majlis iftar setiap hari selepas kerja.

Dengan jumlah penganut agama Islam semakin bertambah di Mosko, warga di ibu kota Rusia itu tetap hidup aman damai.

Malah jumlah kedai dan hotel yang menawarkan makanan halal di Mosko juga semakin bertambah.

Namun memandangkan terdapat hanya enam buah masjid di Mosko, ramai penduduk Islam terpaksa bersolat di jalan-jalan raya.

Mujur Presiden Rusia Vladimir Putin membenarkan para penduduk Islam menganjurkan pertemuan dan perayaan di kawasan taman.

Apa yang diperlukan adalah usaha bersepadu untuk membina lebih banyak masjid di Mosko.

Sumber : AFP/AA/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan