Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk barat tengah AS alami cuaca lebih sejuk daripada Antartika

Para penduduk barat tengah Amerika Syarikat mengalami cuaca lebih sejuk daripada Antartika, dengan suhu menjunam sehingga 40 darjah selsius di bawah paras sifar di beberapa kawasan.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Jan 2019 07:25PM Dikemas Kini : 31 Jan 2019 10:24PM

AMERIKA SYARIKAT: Para penduduk barat tengah Amerika Syarikat mengalami cuaca lebih sejuk daripada Antartika, dengan suhu menjunam sehingga 40 darjah selsius di bawah paras sifar di beberapa kawasan.

Sekurang-kurangnya 12 kematian yang ada kaitan dengan cuaca teramat sejuk dilaporkan sejak Sabtu lalu.

Kota Chicago paling teruk terjejas, selain Michigan, Iowa, Indiana, Illinois, Wisconsin dan Minnesota.

Bandar ketiga terbesar di Amerika itu lumpuh dengan sekolah-sekolah dan perniagaan terpaksa ditutup.

Lebih 1,800 penerbangan dibatalkan.

Manakala di Minneapolis hampir 7,000 penduduk terputus bekalan elektrik.

Cuaca teramat sejuk itu disebabkan aliran udara sejuk yang selalunya berlegar di Kutub Utara tetapi kini beredar ke selatan.

Sumber : Agensi berita/MM/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan