Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Bangkok masih lagi hadapi tahap pencemaran udara tidak sihat

Penduduk Bangkok masih lagi menghadapi tahap pencemaran udara tidak sihat hari ini. 

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 24 Dec 2018 10:34PM Dikemas Kini : 24 Dec 2018 10:50PM

BANGKOK: Penduduk Bangkok masih lagi menghadapi tahap pencemaran udara tidak sihat hari ini. Ia merupakan hari kelima bandar tersebut diselubungi dengan kabus asap yang tebal atau PM2.5.

Daerah-daerah yang terjejas teruk sudah diberi amaran kod merah dengan 93 mikrogram bagi setiap meter padu. Tahap tersebut melebihi had keselamatan 50 mikrogram setiap meter padu.

Pihak berkuasa menyatakan pencemaran udara tersebut disebabkan oleh beberapa faktor termasuk pengeluaran asap kereta, kerja-kerja pembinaan serta cuaca yang kering. Ia sudah mengarahkan kawalan ketat terhadap pembakaran di luar rumah.

Polis trafik juga meneliti keadaan kenderaan di samping meletakkan pelekat kenderaan yang mengeluarkan asap ekzos dan akan melarang pemandu bersalah, menggunakan jalan raya.

Orang awam dinasihati supaya tidak keluar rumah dan memakai pelitup muka sekiranya mereka ingin keluar dari rumah.

Bahan pencemaran sebesar satu persepuluh daripada saiz rambut manusia - boleh memasuki paru-paru serta memberi kesan terhadap sistem pernafasan.

Sekiranya pencemaran tersebut berterusan, pihak berkuasa Thai akan melarang kenderaan besar daripada memasuki kawasan pusat Bangkok.  

Sumber : Agensi berita/UR/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan