Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penduduk Asia Selatan, Tenggara kurang tahu risiko pencemaran udara terhadap kesihatan

Para penyelidik memberi amaran bahawa sebahagian besar penduduk di Asia Selatan dan Asia Tenggara tidak mengetahui tentang punca pencemaran udara ataupun risiko jangka panjang pencemaran itu terhadap kesihatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Penduduk Asia Selatan, Tenggara kurang tahu risiko pencemaran udara terhadap kesihatan

(Gambar fail: Adnan Abidi/Reuters)

Diterbitkan : 28 Mar 2019 04:55PM Dikemas Kini : 28 Mar 2019 04:59PM

KUALA LUMPUR: Para penyelidik memberi amaran bahawa sebahagian besar penduduk di Asia Selatan dan Asia Tenggara tidak mengetahui tentang punca pencemaran udara ataupun risiko jangka panjang pencemaran itu terhadap kesihatan.

Para penyelidik berkata hari ini (28 Mac) bahawa pencemaran udara adalah satu masalah yang membunuh seramai 1.5 juta penduduk di rantau-rantau tersebut setiap tahun.

Satu kajian oleh Vital Strategies, iaitu sebuah kumpulan penasihat kesihatan awam, menganalisis lebih separuh juta rencana berita dan catatan media sosial mengenai pencemaran udara di 11 negara di bahagian selatan Asia dari 2015 hingga 2018.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sembilan daripada setiap 10 orang terdedah kepada udara yang tercemar. Ia adalah satu masalah yang menjejas jumlah besar bandar di Asia, berbanding negara-negara lain di dunia.

Pakar-pakar berkata kesan pencemaran udara terhadap kesihatan boleh dikaitkan kepada angin ahmar, barah paru-paru serta penyakit jantung - dan ia kini dianggap serupa seperti kesan merokok.

Kajian itu juga mendapati bahawa kebanyakan perbincangan awam mengenai pencemaran udara tertumpu kepada pengeluaran gas kenderaan. Ini menyebabkan para penggubal undang-undang untuk menumpukan perhatian kepada hanya satu-satunya punca masalah tersebut.

Namun di Asia Selatan dan Asia Tenggara, pengeluaran gas kenderaan bukanlah satu-satunya punca ataupun punca utama pencemaran udara.

Punca utama yang lain adalah berbeza bagi setiap negara. Antaranya adalah disebabkan oleh kerja-kerja binaan, loji tenaga batu arang, pesta bunga api, serta pembasmian hutan.  

Sumber : Reuters/AI/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan