Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendakwah Zakir Naik dilarang berucap di Melaka: Ketua Menteri

Pendakwah Islam, Zakir Naik dilarang daripada berucap di Melaka, menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendakwah Zakir Naik dilarang berucap di Melaka: Ketua Menteri

Dr Zakir Naik. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 19 Aug 2019 02:52PM Dikemas Kini : 19 Aug 2019 02:53PM

MELAKA: Pendakwah Islam, Zakir Naik dilarang daripada berucap di Melaka, menurut Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari.

Encik Adly berkata kerajaan mahu menghindari sebarang isu yang boleh mengeruhkan hubungan antara kaum, lapor the Star pada Isnin (19 Ogos).

Beliau ditukil sebagai berkata: "Kami ingin mengekalkan ini. Oleh itu kami memutuskan untuk tidak membenarkan Encik Zakir menganjurkan ceramah atau perhimpunan di sini,"

Minggu lalu, Perlis mengharamkan Encik Zakir daripada bercakap di satu acara menyusuli kekecohan berhubung kenyataannya yang berbaur perkauman dan tidak sensitif.

Pendakwah berasal dari India itu sebelum ini diharamkan di Johor, Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Sarawak.

Selain beliau, Ketua Menteri Sabah Mohd Shafie Apdal berkata Encik Zakir akan diharamkan daripada memasuki negeri itu jika ada aduan beliau memiliki pandangan melampau.

Pendakwah kontroversi itu memegang pas penduduk tetap Malaysia dan dikehendaki oleh India bagi dakwaan pengubahan wang haram serta ucapan kebencian.

Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada Ahad (18 Ogos) berkata "agak jelas" Encik Zakir mahu menyertai politik perkauman, lapor News Straits Times.

"Beliau menyalakan perasaan perkauman. Polis perlu menyiasat sama ada ia menyebabkan ketegangan, jelas memang begitu" katanya.

Dr Mahathir menambah bahawa sebagai seorang penduduk tetap, Encik Zakir tidak dibenarkan untuk mengambil bahagian dalam politik.

“Beliau boleh berdakwah tetapi beliau tidak berbuat begitu," ujarnya.

"Beliau bercakap mengenai soal menghantar orang Cina pulang ke China, orang India pulang ke India, itu adalah politik."

Awal bulan Ogos, Encik Zakir memberi respons kepada gesaan untuk mengusirnya dengan mencadangkan orang kaum Cina di Malaysia sepatutnya meninggalkan negara itu terlebih dahulu kerana mereka adalah "tetamu lama" negara itu.

Beliau juga berkata penganut Hindu di Malaysia menikmati "100 kali lebih banyak hak" daripada orang Islam di India dan bahawa mereka percaya kepada pemerintah India lebih daripada kerajaan Malaysia. 

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan