Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendakwah selebriti Turki dipenjara 1,075 tahun kerana jenayah seksual

Seorang pendakwah televisyen terkenal di Turki dihukum penjara lebih 1,000 tahun atas jenayah seksual, lapor media tempatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendakwah selebriti Turki dipenjara 1,075 tahun kerana jenayah seksual

Adnan Oktar. (Gambar: AFP/Getty Images)

Diterbitkan : 12 Jan 2021 10:02PM Dikemas Kini : 12 Jan 2021 10:05PM

ISTANBUL: Seorang pendakwah televisyen terkenal di Turki dihukum penjara lebih 1,000 tahun atas jenayah seksual, lapor media tempatan.

Adnan Oktar, 64 tahun ditahan pada Jun 2018 dalam usaha pihak berkuasa untuk melumpuhkan kegiatan kumpulannya.

Dia dijatuhi hukuman penjara 1,075 tahun atas kesalahan serangan seksual, penipuan dan melakukan kegiatan pengintipan ketenteraan dan politik.

Seramai 236 suspek lain turut dibicarakan di mahkamah dengan 78 daripada mereka ditahan, menurut agensi berita Anadolu.

Perbicaraan kes melibatkan pendakwah itu turut mendedahkan perincian dakwaan jenayah seksual yang mengejutkan.

Oktar memberitahu mahkamah pada Disember lalu bahawa dia mempunyai hampir 1,000 temanita.

"Hati saya penuh dengan perasaan cinta terhadap wanita. Cinta adalah kualiti seorang manusia. Ia adalah mutu seorang Muslim," katanya.

Seorang daripada wanita yang memberi keterangan dalam perbicaraannya, yang hanya dikenali sebagai CC, memberitahu mahkamah beliau dan beberapa wanita lain berulang kali menjadi mangsa penderaan seksual Oktar.

Menurut CC lagi, beberapa wanita yang dirogol Oktar turut dipaksa memakan pil perancang keluarga bagi mengelakkan kehamilan.

Ditanya mengenai penemuan 69,000 pil perancang keluarga di kediamannya oleh polis, Oktar berkata ia digunakan bagi merawat masalah kulit dan ketidaktentuan haid.

Oktar turut menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan kumpulan berpangkalan di Amerika Syarikat (AS) diketuai pendakwah, Fehullah Gulen, yang dituduh mendalangi cubaan rampasan kuasa pada 2016.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan