Images
  • Riza Shahriz
    Riza Shahriz Abdul Aziz, anak tiri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak. (Gambar: Lai Seng Sin/Reuters)

Pendakwa berusaha jual 3 rumah mewah dikaitkan dengan anak tiri bekas PM Najib

KUALA LUMPUR: Para pendakwa Amerika Syarikat sedang berusaha untuk menjual tiga rumah mewah yang dikaitkan dengan anak tiri bekas Perdana Menteri Malaysia Najib Razak.

Ia merupakan usaha terkini untuk memperoleh semula wang yang dipercayai dicuri daripada dana pelaburan Malaysia 1MDB.

Piihak berkuasa Malaysia dan Amerika mendakwa dana 1MDB yang diasaskan bersama oleh Encik Najib, berjumlah sekitar AS$4.5 bilion (S$6.25 bilion) telah disalahgunakan.

Sejak 2016, Jabatan Keadilan Amerika Syarikat sudah memfailkan tindakan undang-undang untuk melucutkan hak beliau ke atas aset-aset bernilai sekitar AS$1.7 bilion (S$2.36 bilion).

Aset yang dipercayai dibeli menggunakan dana 1MDB termasuk sebuah jet privet, hartanah mewah dan barang kemas.

Amerika sejauh ini sudah memulangkan kepada Malaysia sekitar AS$200 juta (S$278 juta) yang diperolehi semula menerusi penjualan aset-aset yang dirampas.

- REUTERS/NA/na

Top