Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendaki kurang daya penglihatan dari China berjaya takluki Gunung Everest

Seorang pendaki yang hilang daya penglihatan menjadi orang buta Asia pertama, dan yang ketiga di dunia, untuk menakluki puncak Gunung Everest.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaki kurang daya penglihatan dari China berjaya takluki Gunung Everest

Zhang Hong (paling kanan) menamatkan pendakian setinggi hampir 8,850 meter itu bersama tiga pemandu pada 24 Mei lalu.

Diterbitkan : 30 May 2021 05:57PM Dikemas Kini : 30 May 2021 06:05PM

NEPAL: Seorang pendaki yang hilang daya penglihatan menjadi orang buta Asia pertama, dan yang ketiga di dunia, untuk menakluki puncak Gunung Everest.

Zhang Hong, seorang warga China berusia 46 tahun, menamatkan pendakian setinggi hampir 8,850 meter itu bersama tiga pemandu pada 24 Mei lalu.

Beliau kembali ke kem induk pada Khamis lalu.

Zhang kehilangan daya penglihatannya pada usia 21 tahun akibat glaukoma.

Zhang berkata beliau masih berasa takut kerana tidak dapat melihat ketika berjalan dan mudah jatuh jika tiada keseimbangan semasa mendaki.

"Namun, saya selalu berfikir walaupun ia susah, saya perlu berdepan kesukaran itu. Ini salah satu komponen mendaki, ada cabaran serta bahayanya dan inilah erti pendakian," ujar beliau.

Beliau ingin mencontohi Erik Weihenmayer, seorang pendaki kurang daya penglihatan warga Amerika yang berjaya sampai ke puncak Everest pada 2001, dan mula berlatih di bawah bimbingan pemandu gunung yang juga rakannya, Qiang Zi.

Nepal membuka semula Gunung Everest kepada warga asing setelah ia ditutup pada tahun lalu akibat pandemik COVID-19. 

Sumber : Reuters/AI/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan