Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendaki Everest gesa Nepal ketatkan kriteria daki gunung dek kematian paling tinggi

Ameesha Chauhan, salah seorang yang terselamat dari "kesesakan" Gunung Everest baru-baru ini yang masih beransur pulih daripada luka beku.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaki Everest gesa Nepal ketatkan kriteria daki gunung dek kematian paling tinggi

Gambar: Sarah Lai/AFP

Diterbitkan : 27 May 2019 11:22PM Dikemas Kini : 27 May 2019 11:26PM

KATHMANDU: Ameesha Chauhan, salah seorang yang terselamat dari "kesesakan" Gunung Everest baru-baru ini yang masih beransur pulih daripada luka beku. Beliau menegaskan bahawa para pendaki tanpa kemahiran asas sepatutnya dilarang mendaki untuk mengelak berlakunya jumlah kematian tinggi seperti musim ini.

Dalam tempoh sekitar dua minggu ini, 10 orang maut di Gunung Everest ekoran cuaca buruk yang menyebabkan para pendaki terpaksa berpusu-pusu menunggu giliran untuk terus mendaki sampai ke puncak.

Oleh sebab itu, mereka terdedah kepada risiko keletihan dan kekurangan oksigen.

Musim ini, Nepal mengeluarkan 381 permit iaitu rekod tertinggi sejauh ini.

Menurut Cik Chauhan, sebahagian daripada pendaki tersebut yang tidak mempunyai latihan mencukupi, membuat keputusan kurang baik yang turut membawa risiko kepada para Sherpa.

"Saya lihat ada beberapa pendaki tanpa kemahiran asas yang bergantung sepenuhnya kepada Sherpa. Pemerintah harus memperbetulkan kriteria untuk layak mendaki," kata warga India 29 tahun itu kepada AFP.

"Hanya pendaki terlatih sepatutnya diberi permit untuk mendaki Everest."

Sekurang-kurangnya empat kematian di puncak tertinggi dunia itu didakwa disebabkan oleh "kesesakan" ekoran menunggu berjam-jam di "zon maut" di mana cuaca sejuknya menusuk, udara tipis dan rupa bumi sukar didaki.

Angka korban di Everest tahun ini adalah yang paling tinggi sejak gempa bumi pada tahun 2015. 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan