Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pendaftaran parti politik baru Thailand dibuka hari ini

Pendaftaran bagi parti-parti politik baru di Thailand bermula hari ini (2 Mac) dan akan berterusan selama 30 hari.

Anggaran Waktu Membaca:
Pendaftaran parti politik baru Thailand dibuka hari ini

Antara parti politik yang mendaftar. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 02 Mar 2018 07:06PM Dikemas Kini : 02 Mar 2018 07:09PM

BANGKOK: Pendaftaran bagi parti-parti politik baru di Thailand bermula hari ini (2 Mac) dan akan berterusan selama 30 hari.

Ia merupakan kegiatan politik rasmi yang pertama di Thailand sejak tentera merampas kuasa dalam tahun 2014.

Sejauh ini sekurang-kurangnya 30 parti sudah menyerahkan nama dan logo masing-masing.

Ini merupakan langkah pertama untuk bertanding dalam pilihan raya umum Thailand yang akan datang.

Dalam kalangan yang sudah mendaftar hari ini termasuk Parti Palang Dharma Baru. Ia merupakan pengganti kepada Parti Palang Dharma pimpinan Chamlong Srimuang.

Parti barunya itu menyatakan ia mengamalkan dasar berteraskan "memerintah dengan nilai dan moral yang baik".

Tarikh pilihan raya umum Thai yang akan datang belum diketahui tetapi Perdana Menteri Prayut Chan-ocha membayangkan ia mungkin berlangsung sekitar Februari tahun depan.

Sumber : Reuters/MU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan