Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pencuri licik ragut jam tangan S$1.1 juta dari pergelangan tangan pelancong di Paris

Seorang lelaki rakyat Jepun yang keluar daripada hotelnya untuk merokok menjadi mangsa curi apabila jam tangan buatan Switzerland miliknya bernilai AS$840,000 (S$1.1 juta) dikebas dari pergelangan tangannya, menurut sumber polis pada Selasa (8 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Pencuri licik ragut jam tangan S$1.1 juta dari pergelangan tangan pelancong di Paris

Petikan gambar daripada laman Richard Mille.

Diterbitkan : 09 Oct 2019 09:26AM Dikemas Kini : 09 Oct 2019 09:29AM

PARIS: Seorang lelaki rakyat Jepun yang keluar daripada hotelnya untuk merokok menjadi mangsa curi apabila jam tangan buatan Switzerland miliknya bernilai AS$840,000 (S$1.1 juta) dikebas dari pergelangan tangannya, menurut sumber polis pada Selasa (8 Okt).

Mangsa berusia 30 tahun itu dihampiri seorang lelaki yang meminta sebatang rokok di luar hotel lima bintang, Hotel Napoleon berhampiran Arc de Triomphe pada lewat Isnin (7 Okt).

Pencuri itu meragut lengan mangsa dan melarikan diri dengan jam tangan Tourbillon Diamond Twister jenama Richard Mille yang bernilai sekitar €770,000 (S$1,166,515.35).

Jam tangan Richard Mille dengan kaca besar mempamerkan mekanisme rumit di bahagian dalamnya, dinilai amat tinggi oleh golongan penggemar jam dan bentuknya itu juga menjadikannya mudah dikenali oleh para pencuri yang menyasarkan pelancong-pelancong mewah di Paris.

Akhbar Paris menerbitkan sebuah peta pada Selasa (8 Okt) yang menunjukkan lebih 20 kejadian kecurian jam tangan mewah di kawasan diberi nama "Golden Triangle" atau segi tiga emas dan tempat-tempat mewah lain berhampiran Champs-Elysees avenue tahun ini.

Ia menarik perhatian kepada sekurang-kurangnya empat kejadian kecurian jam tangan Richard Mille lain, kesemuanya dianggarkan bernilai sekurang-kurangnya €100,000 (S$151,000).

Namun, lelaki Jepun itu mungkin lebih bernasib baik berbanding mangsa lain. Ini kerana sumber-sumber polis menyatakan suspek tercicir sebuah telefon bimbit ketika melarikan diri dan telefon itu diserahkan kepada divisyen polis bagi siasatan.

Sumber : Reuters/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan