Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pencemaran zarah kecil tetap tinggi pada 2020 meski dunia dilanda pandemik

Pencemaran zarah kecil yang berbahaya di empat daripada lima negara menjangkaui paras yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekalipun banyak negara menutup sempadan masing-masing disebabkan oleh penularan COVID-19 pada tahun lalu.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencemaran zarah kecil tetap tinggi pada 2020 meski dunia dilanda pandemik

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 17 Mar 2021 12:42PM Dikemas Kini : 17 Mar 2021 12:52PM

PARIS: Pencemaran zarah kecil yang berbahaya di empat daripada lima negara menjangkaui paras yang disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), sekalipun banyak negara menutup sempadan masing-masing disebabkan oleh penularan COVID-19 pada tahun lalu.

Menurut laporan mutu udara IQAir yang dikeluarkan pada Selasa (16 Mac), penutupan separa atau keseluruhan pengangkutan dan industri selama berbulan-bulan pada tahun lalu mengurangkan paras pencemaran PM2.5 di seluruh dunia, termasuk di bandar-bandar besar.

Kepekatan zarah yang mampu memendekkan jangka hayat manusia, yang disebabkan oleh pencemaran trafik dan pembakaran bahan bakar, turun 11 peratus di Beijing, 13 peratus di Chicago, 15 peratus di New Delhi, 16 peratus di London dan 16 peratus di Seoul.

Udara sekurang-kurangnya 60 peratus bandar di India lebih bersih tahun lalu berbanding 2019 dan 2018.

Penganalisis utama di Pusat Penyelidikan Tenaga dan Udara Bersih (CREA) dan penulis bersama laporan tersebut, Lauri Myllyvirta, berkata banyak bahagian di dunia menyaksikan mutu udara yang lebih baik, yang belum pernah berlaku sebelum ini, meskipun tidak dapat bertahan lama, pada 2020.

"Ini bererti berpuluh-puluh ribu orang terhindar dari kematian akibat pencemaran udara," katanya.

Namun, hanya 24 daripada 106 negara yang dipantau WHO memenuhi garis panduan keselamatannya. Ini berdasarkan pangkalan data terbesar bagi mengukur pencemaran udara di dunia.

China dan banyak negara Asia Selatan mengalami pencemaran PM2.5 beberapa kali lebih besar daripada yang disarankan oleh WHO. Manakala di beberapa wilayah, kepekatan pencemaran itu enam hingga lapan kali lebih tinggi.

22 daripada bandar-bandar yang paling tercemar di dunia adalah di India.

Secara purata, Bangladesh, Pakistan, India, Mongolia dan Afghanistan rata-rata mencatatkan kepekatan PM2.5 antara 77 dan 47 mikrogram setiap meter padu (mcg/m3) udara.

Sumber : AFP/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan