Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pencemaran udara Pasir Gudang: 30 pelajar, guru ke klinik akibat gangguan kesihatan

Seramai 30 orang pelajar dan guru daripada 15 buah sekolah di Pasir Gudang dirujuk ke klinik kesihatan berikutan mengalami simptom muntah-muntah dan pening-pening pagi tadi (30 Jun).

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 30 Jun 2019 07:09PM Dikemas Kini : 30 Jun 2019 09:51PM

JOHOR BAHRU: Seramai 30 orang pelajar dan guru daripada 15 buah sekolah di Pasir Gudang dirujuk ke klinik kesihatan berikutan mengalami simptom muntah-muntah dan pening-pening pagi tadi (30 Jun).

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan dan Warisan Johor, Encik Mohd Khuzzan Abu Bakar berkata pada awalnya 130 pelajar yang didapati mengalami gangguan kesihatan berkenaan, tetapi selepas saringan dijalankan, hanya 30 orang termasuk tiga orang guru dirujuk ke Klinik Kesihatan Masai dan Pasir Gudang.

Bagaimanapun menurutnya, sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa.

“Hari ini sekolah tidak tutup dan sesi persekolahan akan berjalan seperti biasa. Cuma dinasihatkan kepada pihak sekolah jika pelajar ada simptom berkenaan segera bawa ke klinik kesihatan.

“Untuk makluman, dari pagi tadi hasil pemeriksaan Pasir Gudang Mutual Aid (Pagema) juga menunjukkan bacaan kualiti udara masih berada pada tahap yang normal,” katanya kepada pemberita selepas melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Kopok, hari ini.

Menurutnya, kebanyakan pelajar yang mengalami simptom berkenaan adalah yang berada di tingkat atas.

“Jadi esok kita akan letakkan mereka di  tingkat bawah sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya.

Sebanyak 111 buah sekolah rendah dan menengah di Pasir Gudang mula dibuka semula pada hari ini setelah ditutup semenjak Selasa lepas.

Namun baru beberapa jam selepas sesi persekolahan, gangguan kesihatan itu kembali menghantui beberapa sekolah di kawasan yang sama.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor, Encik Azman Adnan ketika ditemui awal pagi tadi memaklumkan tiada sesi persekolahan gantian bagi kesemua 111 buah sekolah itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan