Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pencarian Nora Anne masuk hari kesepuluh hari ini; ibu tawar ganjaran RM50,000

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun, memasuki hari kesepuluh hari ini (13 Ogos) sejak gadis itu dilaporkan hilang daripada sebuah resort di Pantai, Seremban, 4 Ogos lepas.

Anggaran Waktu Membaca:
Pencarian Nora Anne masuk hari kesepuluh hari ini; ibu tawar ganjaran RM50,000

Ibu bapa Nora Anne. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 13 Aug 2019 11:31AM Dikemas Kini : 13 Aug 2019 11:35AM

NILAI: Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15 tahun, memasuki hari kesepuluh hari ini (13 Ogos) sejak gadis itu dilaporkan hilang daripada sebuah resort di Pantai, Seremban, 4 Ogos lepas.

Lokasi dan nasib remaja itu terus menimbulkan tanda tanya bukan sahaja dalam kalangan masyarakat, bahkan juga di kalangan pengamal media tempatan dan antarabangsa yang sudah berkumpul di lokasi kejadian sejak hari pertama Nora Anne dilaporkan hilang.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Nilai Supt Mohd Nor Marzukee Besar dalam kenyataan ringkas di aplikasi WhatsApp memberitahu media yang mereka dibenarkan mengikuti petugas Op SAR buat kali kedua selepas pelawaan pertama dibuat semalam.

“Anda hendaklah melapor kepada Inspektor Harminder di substek (khemah pusat operasi SAR). Adalah diingatkan risiko keselamatan adalah tanggungjawab sendiri,” katanya ringkas.

Operasi bagi mengesan Nora Anne yang memasuki hari kesepuluh hari ini, setakat semalam membabitkan 353 anggota, pasukan SAR terbesar setakat ini dengan sidang media mengenai perkembangan pencarian hari ini dijangka diadakan pada pukul 5.00 petang ini.

Nora Anne disedari hilang daripada bilik penginapannya di sebuah resort di Pantai oleh keluarganya pada pukul 8.00 pagi 4 Ogos. Remaja yang mengalami masalah pembelajaran itu tiba bersama keluarganya di Malaysia pada 3 Ogos untuk percutian selama dua minggu.

Semalam ibu kepada remaja istimewa itu, Meabh Jaseprine Quoirin, 46 tahun, menawarkan wang ganjaran RM50,000 (S$17,000) kepada sesiapa yang dapat memberi maklumat sehingga menemui gadis itu.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan