Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penasihat Trump, John Bolton sertai rombongan ke S'pura bagi sidang puncak Trump-Kim

Sidang puncak yang dinanti-nantikan itu sebelum ini hampir dibatalkan apabila Encik Bolton membandingkan Korea Utara dengan situasi di Libya.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Jun 2018 01:24PM Dikemas Kini : 08 Jun 2018 12:58AM

WASHINGTON:Penasihat Keselamatan Amerika Syarikat, John Bolton dijangka akan menyertai rombongan Presiden Donald Trump ke Singapura minggu depan untuk sidang puncak Trump-Kim.

Sidang puncak yang dinanti-nantikan itu hampir dibatalkan apabila Encik Bolton membandingkan Korea Utara dengan situasi di Libya.

Encik Bolton mendakwa bahawa Pyongyang mungkin mengikut jejak Libya, semasa negara itu melucutkan program nuklearnya.

Dakwaan itu mencetuskan kemarahan Pyongyang, yang akur bahawa pemimpin Libya, Kolonel Muammar Gaddafi, ditumpaskan oleh kumpulan militan yang disokong AS setelah beliau bersetuju untuk melucutkan program senjata nuklear negara itu.

Justeru, terdapat laporan yang menyatakan bahawa Encik Bolton telah dikecualikan daripada rundingan nuklear dengan Korea Utara.

Penasihat Rumah Putih, Kellyanne Conway mengesahkan bahawa Encik Bolton akan turut serta dalam rundingan Selasa depan (12 Jun).

"Setiausaha Negara Pompeo akan memimpin rundingan", katanya kepada wartawan. "Bagaimanapun penasihat keselamatan negara (Bolton) juga akan pergi ke Singapura dan mengambil bahagian dalam rundingan."

Sumber : Reuters/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan