Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Penanam bonsai Jepun rayu pencuri jaga pokok

Seorang penanam pokok bonsai membuat rayuan supaya pencuri yang melarikan pokoknya yang amat mahal itu, menjaganya dengan baik.

Anggaran Waktu Membaca:
Penanam bonsai Jepun rayu pencuri jaga pokok

(Gambar fail: AFP)

Diterbitkan : 14 Feb 2019 08:44AM Dikemas Kini : 14 Feb 2019 08:49AM

TOKYO: Seorang penanam pokok bonsai membuat rayuan supaya pencuri yang melarikan pokoknya yang amat mahal itu, menjaganya dengan baik.

Seiji Iimura, generasi kelima penanam bonsai yang menguruskan sebuah taman di Kawaguchi, utara Tokyo berkata, tujuh pokok kecil dicuri dari tamannya adalah ‘warisan keluarganya.’

“Ia sesuatu yang saya tidak akan jual walaupun saya ditawarkan 10 juta yen (S$122,600). Sudah pasti saya membenci pencuri yang mencurinya, tetapi saya mahu memberitahu mereka, tolong siram air dan jaganya baik-baik. Saya akan bersedih jika pokok itu mati,” katanya.

Iimura membuat laporan polis bulan lalu, tujuh pokok bonsai miliknya bernilai lebih tujuh juta yen (S$85,823) secara keseluruhan, termasuk pokok renek juniper, dicuri dari tamannya.

Isterinya, Fuyumi menulis dalam Facebook baru-baru ini, pasangan itu sudah membela pokok bonsai terbabit ‘seperti anak kami.’

“Saya dirundung kesedihan dan sakit hati,” tulisnya.

Iimura menyimpan kira-kira 3,000 pokok bonsai untuk pameran dalam taman seluas 5,000 meter persegi supaya pelawat dapat menghargai seni bonsai. Sejak kecurian itu, beliau memasang kamera keselamatan.

“Anda tahu, bonsai adalah alam semula jadi dalam bentuk kecil. Melihat sebuah pokok bonsai seperti berjalan ke dalam pergunungan jauh sambil tinggal di rumah,” katanya. 

Sumber : AFP/EM/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan