Images
  • china (3)
    (Gambar: Reuters)

Pemulihan ekonomi China signifikan kepada dunia: OECD

BEIJING: Pakar Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD) menyifatkan pemulihan ekonomi China sebagai amat signifikan kepada dunia.

Ketua Jabatan Penyelidikan Dasar China OECD, Margit Molner berkata China selaku entiti ekonomi kedua terbesar dunia, berjaya memulihkan ekonominya lebih awal daripada kesan pandemik COVID-19.

Perkara itu penting bagi membantu menjamin bekalan produk-produk yang diperlukan pelbagai negara.

Cik Molner berkata ia juga akan membantu menstabilkan permintaan pasaran terhadap bahan mentah dan barang pengguna di peringkat antarabangsa.

China katanya memberi banyak sokongan kepada usaha melawan COVID-19 dalam lingkungan global dan turut menghulurkan pelbagai jenis barang keperluan pencegahan wabak kepada negara-negara lain.

Ketika diminta mengulas mengenai perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) yang dimeterai baru-baru ini, Cik Molner berpendapat kesepakatan itu memperlihatkan pentingnya kerjasama serantau dan antarabangsa.

Jelasnya, OECD mengalu-alukan sebarang perjanjian kerjasama seperti itu yang akan membantu mengurangkan kos urus niaga dan mempertingkat kecekapan ekonomi.

- BERNAMA/HA/ha

Top