Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemulihan COVID-19 cetus risiko buruk pada iklim, kesihatan

Usaha pemulihan COVID-19 yang dipacu oleh bahan bakar di beberapa negara akan meninggalkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia dan berisiko memburukkan masalah ketakjaminan makanan dan bekalan air, gelombang haba dan penyakit berjangkit yang mengancam beberapa bilion penduduk dunia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemulihan COVID-19 cetus risiko buruk pada iklim, kesihatan

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 21 Oct 2021 10:23AM Dikemas Kini : 21 Oct 2021 10:26AM

PARIS: Usaha pemulihan COVID-19 yang dipacu oleh bahan bakar di beberapa negara akan meninggalkan kesan jangka panjang terhadap kesihatan manusia dan berisiko memburukkan lagi masalah ketakjaminan makanan dan bekalan air, gelombang haba dan penyakit berjangkit yang sudahpun mengancam beberapa bilion penduduk dunia.

Demikian amaran dari satu kajian utama pada Khamis (21 Okt).

Lancet Countdown merupakan kajian tahunan yang terbesar mengenai kesan perubahan iklim terhadap kesihatan manusia.

Tinjauan itu mendapati sehingga 19 peratus daripada jisim tanah bumi terjejas oleh musim kemarau buruk yang melanda pada 2020 dan memberi amaran perubahan iklim akan menimbulkan ancaman utama terhadap keselamatan makanan, yang sudahpun menjejas lebih 2 bilion orang.

Jika dibandingkan dengan purata sejarah, penduduk sejagat berusia 65 tahun ke atas mengalami tambahan 3.1 bilion hari panas yang ekstrem pada tahun lalu, menurut kajian itu.

Penduduk di 134 negara kini berdepan ancaman lebih besar daripada kebakaran hutan berbanding waktu-waktu sebelum ini. Berjuta-juta petani dan pekerja binaan juga hilang mata pencarian disebabkan oleh jumlah hari panas ekstrem yang semakin meningkat.

Perubahan iklim juga mewujudkan persekitaran yang ideal untuk penyakit berjangkit menular seperti demam denggi, virus Zika, penyakit taun dan malaria meliputi kawasan lebih luas di seluruh dunia berbanding beberapa dekad lalu dan termasuk Eropah, dedah tinjauan itu.

"Perubahan iklim sedang berlaku dan kami sudah dapat lihat bagaimana ia merosakkan kesihatan umat manusia di merata dunia," kata pengarah eksekutif Lancet Countdown, Anthony Costello.

"MASA DEPAN YANG SURAM"

Penilaian itu mendapati bahawa tempoh lima tahun dengan paling banyak kawasan terjejas oleh musim kemarau buruk kesemuanya berlaku sejak 2015.

Gangguan pada kitaran air kerana pemanasan bumi menyingkatkan masa bagi tumbuh-tumbuhan mencapai tahap kematangan, sekali gus mengeluarkan hasil yang berkurangan dan ini akan menambah tekanan kepada hasil pengeluaran makanan.

Lancet menyatakan bahawa potensi hasil tanaman jagung - iaitu makanan asas global - sudahpun merosot sebanyak 6 peratus berbanding kadar pada 1981 hingga 2010.

Selain itu, makanan laut yang mana 3.3 bilion orang bergantung padanya sebagai sumber rezeki atau makanan kini berdepan "ancaman yang meningkat", dengan purata suhu laut naik hampir 70 peratus di kawasan perairan wilayah berbanding 15 tahun lalu.

Laporan itu juga memberi amaran bahawa hampir tiga suku daripada negara-negara yang ditinjau berkata mereka percaya bahawa mereka tidak mampu melakar strategi kesihatan dan iklim negara yang bersepadu.

Sumber : AFP/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan