Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemuda UMNO buat aduan atas tindakan hina nabi

Gerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal dan Gerakan Belia 4B Kawasan Nibong Tebal membuat aduan terhadap pemilik akaun Facebook bernama Balan Pillai berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemuda UMNO buat aduan atas tindakan hina nabi

Gambar fail kereta polis Malaysia. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 23 Jul 2018 09:26AM Dikemas Kini : 23 Jul 2018 09:27AM

NIBONG TEBAL: Gerakan Pemuda UMNO Nibong Tebal dan Gerakan Belia 4B Kawasan Nibong Tebal membuat aduan terhadap pemilik akaun Facebook bernama Balan Pillai berhubung kenyataannya yang didakwa menghina Nabi Muhammad s.a.w dan agama Islam.

Aduan polis itu dibuat oleh Ketua Pemuda UMNO Nibong Tebal Mohd Norhiesam Ismail dan Pengerusi Gerakan Belia 4B Kawasan Nibong Tebal Rokiman Shah Harun di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan, pada sekitar 3.00 petang semalam (22 Jul).

"Aduan polis ini adalah untuk meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia menyekat akaun Facebook ini dengan segera. Yang keduanya, kami juga meminta Polis Diraja Malaysia untuk mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun ini.

"Kami juga berharap kerajaan Pakatan Harapan supaya sensitif dan dapat ambil tindakan yang segera dan sewajarnya," kata Encik Mohd Norhiesam.

Ballan Pillai itu dituduh memburukkan Nabi Muhammad s.a.w dan menghina umat Islam yang melakukan tawaf di Kaabah selain menyatakan agama Islam sebagai agama pengganas.

Encik Mohd Norhiesam berkata tindakan segera perlu diambil bagi mengelakkan ketegangan antara agama. 

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan