Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemisahan keluarga satu ‘detik paling buruk’, media bukan musuh: Ivanka Trump

Ivanka Trump menjauhkan diri beliau daripada beberapa dasar bapa beliau yang menimbulkan tengkarah 

Anggaran Waktu Membaca:
Pemisahan keluarga satu ‘detik paling buruk’, media bukan musuh: Ivanka Trump

Anaka perempuan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Ivanka Trump. (Gambar: AFP/Jim Watson)

Diterbitkan : 03 Aug 2018 11:17AM Dikemas Kini : 04 Aug 2018 09:01PM

WASHINGTON: Ivanka Trump semalam (2 Ogos), menjauhkan diri beliau daripada beberapa dasar bapa beliau yang menimbulkan tengkarah serta retorik lantang dengan mengatakan bahawa beliau “menolak keras” pemisahan keluarga. Para wartawan tambah beliau bukan musuhnya.

Bercakap secara terbuka buat pertama kali sejak beliau menutup perniagaan fesyen jenamanya pada minggu lalu, anak perempuan Presiden Donald Trump yang juga merupakan penasihat kanan beliau mengambil pendekatan berbeza berhubung krisis imigresen.

Isu tersebut mencapai tahap krisis selepas satu rakaman audio timbul di mana golongan kanak-kanak menangis mahukan ibu mereka. Ia mengakibatkan selaran hebat terhadap Presiden Trump yang pada Jun lalu mengubah dasar tersebut.

Cik Ivanka juga menjauhkan diri daripada selaran berterusan bapanya terhadap pihak media. Dalam membincangkan krisis imigresen, Cik Ivanka menyifatkan dirinya sebagai “anak perempuan seorang pendatang” memandangkan ibu beliau dilahir dan dibesarkan di Czechoslovakia dan berpindah ke Amerika Syarikat secara sah.

“Jadi, kita harus berhati-hati apabila menyokong perbuatan yang meletakkan kanak-kanak dalam risiko menjadi mangsa pemerdagangan ” kata Cik Ivanka, yang mempunyai tiga orang anak. 


Sumber : AFP/HS/hs
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan