Images
  • ayatollah
    Pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei. (Gambar fail: Khamenei.IR/ AFP)

Pemimpin tertinggi Iran selar tindakan AS kuat kuasa sekatan ke atas Iran

IRAN: Pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei menyelar tindakan Washington menguatkuasakan semula sekatan-sekatan ke atas Iran.

Ayatollah Khameini berkata Presiden Donald Trump sudah 'memalukan" martabat negaranya sendiri dan kuasa Amerika kini sedang menurun "tahun demi tahun."

Beliau memberi amaran, pada akhirnya nanti Presiden Trump sendiri akan kecundang kerana sekatan tersebut akan hanya mendorong Iran untuk lebih berdikari.

Sekatan-sekatan Amerika itu berkuat kuasa esok (5 Nov) dan disasarkan terhadap sektor-sektor perkapalan, kewangan dan daya tenaga Iran.

Sebelum ini Encik Trump menarik diri daripada perjanjian nuklear Iran dengan negara-negara kuasa dunia.

Washington mengumumkan lebih 700 individu dan entiti akan disertakan dalam senarai sekatan itu.

EU, Jerman, UK dan Perancis mengutuk keras keputusan Washington itu kerana ia akan menjejas syarikat-syarikat yang berurus niaga dengan Tehran.

Bagaimanapun lapan negara dikecualikan buat sementara waktu untuk terus mengimport minyak dari Iran. 

- Agensi berita/MM/na

Top