Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin tertinggi Iran gesa umat Islam perangi unsur memecah belah dunia

Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menggesa umat Islam bersatu bagi menentang dasar-dasar Amerika Syarikat yang bersifat "memecahbelahkan", lapor agensi berita China Xinhua pada Khamis (23 Ogos).

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin tertinggi Iran gesa umat Islam perangi unsur memecah belah dunia

Pemimpin agung Iran Ayatollah Ali Khamenei. (Gambar fail: Khamenei.IR/ AFP)

Diterbitkan : 23 Aug 2018 09:03PM Dikemas Kini : 23 Aug 2018 09:07PM

TEHRAN: Pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei, menggesa umat Islam bersatu bagi menentang dasar-dasar Amerika Syarikat yang bersifat "memecahbelahkan", lapor agensi berita China Xinhua pada Khamis (23 Ogos).

Gesaan itu dibuat ketika berjuta-juta rakyat Iran meraikan Aidiladha yang disambut oleh umat Islam di seluruh negara.

Dalam pada itu, Presiden Iran Hassan Rouhani berharap umat Islam akan mengatasi sikap permusuhan serta ekstremisme, dan mengucapkan tahniah kepada pemimpin negara-negara Islam sempena kedatangan Aidiladha.

Naib Presiden Pertama Iran, Eshaq Jahangiri, turut menyeru "perpaduan dunia Islam dalam memerangi keganasan, ekstremisme dan ketidaksetiaan kuasa-kuasa hegemoni."

Sebelum ini, Iran memberi amaran bahawa ia akan menyerang sasaran-sasaran Amerika Syarikat dan Israel jika ia diserang Amerika setelah penasihat keselamatan Presiden Trump mengatakan bahawa Washington bakal meletakkan tekanan berat ke atas Tehran, melampaui sekatan ekonomi terhadap Iran.

Amerika dan Iran 'bertikam lidah' sejak Presiden Trump menarik Amerika daripada perjanjian nuklear dengan Iran pada Mei, dan meyifatkannya sebagai sangat buruk dan hanya menguntungkan Tehran.  

Sumber : Bernama/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan