Skip to main content

Iklan

Iklan

Dunia

Pemimpin S'pura utus ucap takziah atas pemergian mantan PM India

Para pemimpin Singapura mengutuskan kawat takziah kepada Presiden Ram Nath Kovind dan Perdana Menteri Narendra Modi atas pemergian mantan perdana menteri negara itu, Atal Bihari Vajpayee.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemimpin S'pura utus ucap takziah atas pemergian mantan PM India

Mantan perdana menteri India Atal Bihari Vajpayee (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Aug 2018 11:01PM Dikemas Kini : 18 Aug 2018 11:31PM

SINGAPURA: Para pemimpin Singapura mengutuskan kawat takziah kepada Presiden Ram Nath Kovind dan Perdana Menteri Narendra Modi atas pemergian mantan perdana menteri negara itu, Atal Bihari Vajpayee.

Mendiang meninggal dunia pada Khamis (16 Ogos) dan sanjungan mencurah-curah daripada pelbagai pemimpin politik kepada mantan pemimpin India itu.

Presiden Halimah Yacob mengutuskan kawat takziah kepada Encik Kovind, sementara Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Kanan Emeritus Goh Chok Tong turut menulis surat yang berasingan pada 17 Ogos untuk menyampaikan ucapan takziah.

Dalam suratnya, Puan Halimah berkata Encik Vajpayee memainkan "peranan penting" dalam merubah ekonomi India.

Menyifatkan Encik Vajpayee sebagai seorang "pemimpin yang bijaksana dan penuh belas kasihan", PM Lee dalam suratnya kepada Encik Modi turut menarik perhatian bahawa penyusunan semula ekonomi India di bawah kepimpinan Encik Vajpayee berjaya memperbaiki kehidupan berjuta-juta rakyat India.

ESM Goh pula menyifatkan Encik Vajpayee sebagai seorang "negarawan hebat yang menjadi tunggak kejayaan India".

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan